Thursday, May 14, 2020

[607.20] PELANGGARAN PKP - KESAN JANGKA PANJANG KEPADA INDIVIDU YANG DIDAPATI BERSALAH




Telah masuk fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan #PKP dan saban hari, kadar peratusan penahan individu yang melanggar perintah tersebut semakin meningkat. Individu yang melanggar perintah ini boleh didakwa di bawah seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Berdasarkan seksyen tersebut, individu yang didapati bersalah boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sepanjang tempoh PKP ini, kita seringkali mendengar bahawa terdapat pelbagai lapisan umur individu yang telah ditahan serta di dakwa di mahkamah. Pelanggaran PKP ini jika dilihat kepada tahap keseriusan jenayah, mungkin berbeza dengan jenayah-jenayah lain seperti bunuh, merompak dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, dalam konteks #pandemik Covid-19 yang melanda Negara ini, pelanggaran PKP dapat dilihat sebagai satu #jenayah berat yang mampu memberikan kemaslahatan kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Kadar kesalahan pelanggaran PKP ini semakin meningkat saban hari seolah-olah masyarakat tidak mempunyai kesedaran tentang bahayanya #Covid19 ini. Mungkin, pada pandangan mereka, sekadar denda atau penjara bukanlah suatu perkara yang merisaukan.
Namun, apa yang telah gagal untuk dinilai adalah kesan dikemudian hari yang melibatkan individu tersebut. Didakwa di mahkamah dan kemudiannya didapati bersalah, walaupun mampu membayar #denda dan tidak dipenjarakan, masih akan memberikan impak yang besar kepada individu tersebut.
Sekiranya individu tersebut telah didakwa di mahkamah dan didapati bersalah, individu tersebut akan tergolong sebagai individu yang mempunyai #rekodjenayah dan rekod tersebut akan disimpan untuk tempoh 99 tahun. Walaupun hanya sekadar pelanggaran PKP, ianya akan menyukarkan masa hadapan individu tersebut lebih-lebih lagi pesalah yang masih muda dan pesalah kanak-kanak yang jelas mempunyai perjalanan hidup yang masih panjang.
Selain itu, bagi individu yang sedang menerima faedah pencen, namun kemudiannya didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan #hukuman penjara, maka kesannya akan menyebabkan individu tersebut tidak akan lagi dapat menikmati faedah pencen tersebut. Ianya termaktub di bawah Seksyen 21 (1) Akta Pencen 1980.
Bagi penjawat awam pula, sekiranya didapati #bersalah melakukan jenayah, maka Pihak Berkuasa #Tatatertib mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat atau apa-apa hukuman yang lainnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993).
Justeru itu, adalah penting untuk setiap individu sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak sewajarnya.
Apa pun ia bergantung kepaa perlaksanaan tatatertib pihak kerajaan dan makluman lanjut oleh kerajaan. Ketua Polis Negara #KPN menyatakan yang terbaru bahawa kesalahan melanggari PKP tidak akan didaftarkan di dalam rekod jenayah tetapi ia masih belum muktahir dan belum ada pengesahan pihak Jabatan Peguam Negara (#AG)
@Keyron Nisa
Mei 2020
Nota: Gambar Supreme Court, Canada[

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►