Thursday, May 14, 2020

[609.20] MAKLUMAN OPERASI PEJABAT DI FASA EMPAT PKP


(Copy and paste whatsapp pejabat)
Kepada rakan, sahabat, pembaca (www.crminallawyermalaysia.com & www.fb.com/criminallawyer dan klien semua.
Mulai 04.05.2020 operasi pejabat telah mula dibenarkan tertakluk kepada syarat dan perlaksanaan sebagaimana yang digariskan oleh #MKN dan #KKM walaupun #PKP masih di teruskan sehingga 12.05.2020 (setakat ini).
Pihak kami mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa #pejabat kami masih tidak beroperasi pada esok hari sehingga satu tarikh yang dimaklumkan kelak.
Pihak kami maklum bahawa sepanjang #pkp semua #perniagaan termasuk pihak kami telah terjejas teruk dan mengalami #kerugian pengurusan dan prospek yang amat tinggi.
Namun, atas dasar kesihatan rakyat bersama adalah lebih penting pada masa ini dan tindakan kami tidak mengambil bahagian untuk memulakan operasi adalah sebahagian sokongan bagi menanggani masalah penyebaran #covid19 di Malaysia.
Pihak kami mohon #doa daripada pihak anda semua agar masalah ini segera diselesaikan dan masalah kewangan/perniagaan dapat diatasi bagi kebaikan bersama.
InsyaAllah.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►