Thursday, December 5, 2019

[514.19] SOSMA / POCA / LLPK



SOALAN - Apa kejamnya undang-undang SOSMA ni!
SOSMA berkaitan keselamatan negara yang mana diletakkan di bawah Jadual Pertama SOSMA 2012 iaitu kesalahan keselamatan. Isu senaraian ini bukanlah semuanya saya setuju bagi pandangan peribadi saya. Tapi ini hanya sekadar pemahaman bagi perbezaan.
POCA berkaitan undang-undang kegiatan jenayah yang mana antara lain penangkapan dan tahanan adalah tanpa bukti dan pendakwaan. Sekadar kenyataan pegawai penyiasat dan kemudiannya keputusan Kementeria Dalam Negeri samada tahanan dan perintah lanjut dikenakan atau sebaliknya.
LLPK juga sebagaimana POCA tetapi melibatkan kes narkotik sahaja. [antara lain penangkapan dan tahanan adalah tanpa bukti dan pendakwaan. Sekadar kenyataan pegawai penyiasat dan kemudiannya keputusan Kementeria Dalam Negeri samada tahanan dan perintah lanjut dikenakan atau sebaliknya.]
Soalan ini timbul bila masing-masing timbul atas penangkapan berkenaan LTTE. Pendek ceritanya bila semua dipolitikan, maka haru dilihatnya.
POCA & LLPK tiada pendakwaan dikenakan. Genap masanya satu perintah dikeluarkan samada dikenakan satu perintah tahanan atau dibebaskan. Bila dikenakan perintah tahanan, maka mereka (tahanan) perlu membuat permohonan Semakan Kehakiman atau Habeas Corpus (bergantung kepada mana-mana perintah) kepada Mahkamah Tinggi.
Dibandingkan dengan SOSMA, walaupun tahanan remannya juga melebihi tempoh reman jenayah seksyen 117 KAJ, ia masih akan didakwa di Mahkamah Sesyen. (Jangan tanya kenapa saya tak cakap Mahkamah Tinggi).
Nasib tak baik, pendakwaan 'mohon' pindahkan ke Mahkamah Tinggi atas alasan seksyen 12 dan Jadual Pertama SOSMA 2012.
Dibandingkan SOSMA dan POCA serta LLPK, rasanya SOSMA buat masa ini lebih berbudi bahasa.
Cuma apa yang saya secara peribadi tidak setuju adalah proses yang lebih kepada condong kepada pihak tertentu samada KDN, Lembaga atau polis sahaja yang membolehkan buka peluang kepada penyalahgunaan kuasa, korupsi atau ketidakadilan sahaja.
Malah dalam proses bicara juga, seksyen 13 menghalang hak budibicara jaminan oleh Mahkamah dalam keadaan biasa. Itu sahaja.
Kalau semua nak bincang soal SOSMA, kesian pada POCA dan LLPK. Tiada yang nak mansuhkan ke? ðŸ¤£
Dibanding pula SOSMA selaku peganti kepada ISA, SOSMA juga lebih bertimbang rasa. Peguambela dan tahanan ISA mungkin boleh setujui perkara ini.
SOSMA yang dikendalikan kes melibatkan LTTE adalah cawangan khas Bukit Aman (Unit Anti Terroris) walaupun SOSMA biasanya pun boleh dibuat oleh pegawai polis biasa daripada Ibupejabat Polis Daerah tempatan.
Walaupun team Unit Anti Terroris ini "garang" sikit. Tetapi pengalaman saya sendiri mengendalikan beberapa kes terroris dengan Unit itu melihat mereka sebagaimana polis biasa yang penuh dengan budibicara dan mesra.
Jangan kecam mereka atas tugas khas yang diamanahkan. Kita hanya boleh kritik sudut perlaksanaan atau tindakan yang melampaui lunas perundangan agar ketelusan dan keadilan sudut amanah yang dijalankan.
Okay, nak gerak dulu. Kena gi merantau 500km untuk mencari modal sebatang dua satay.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►