Thursday, December 5, 2019

[513.19] ANGGAPAN KES EDAR DADAH



Ada 2 anggapan bawah kes dadah bagi edaran yg melibatkan hukuman mati iaitu di bawah sesyen 37(d) atau 37(da)(...) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana pernah satu ketika anggapan boleh diinvoke keduanya sekaligus.
Kes Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum telah gariskan kembali, anggapan hanya adil utk diinvoke pada satu anggapan sahaja. Bukan keduanya sekaligus.
Jika anggapan pengedaran bawah s.37(da) diinvoke, maka pengetahuan, milikan harus dibuktikan.
Jika anggapan pemilikan di bawah s.37(d), maka pengedaran perlu dibuktikan melalui seksyen 2 Akta yg sama.
Alhamdulillah, Sambung Bicara di Mahkamah Tinggi pagi ini bagi satu kes pengedaran dadah. Sabit kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati.
Semoga dipermudahkan!

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►