Thursday, December 5, 2019

[512.19] MANSUHKAN SOSMA 2012?



Dalam artikel terdahulu, saya dah nyatakan dengan jelas. Saya juga tidak suka SOSMA atau apa-apa peruntukan yang menafikan keadilan kepada pihak ditangkap sedangkan hak ini jelas dinyatakan di dalam Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.
Malah undang-undang sebegini membawa kepada keburukan jika disalahgunakan. Ia juga berlawanan dengan konsep keadilan Islam sendiri.
Walaupun begitu, tidaklah pula memansuhkannya menjadi adil kepada pihak kerajaan atau masyarakat.
Seeloknya difokus kepada pemakaiannya, prosedurnya, pendakwaannya, dan hak asasi keadilan tahanan.
Adalah tidak adil untuk kes jenayah sedia ada di lihat sebagai lebih buruk. Dinafikan jaminan. Diburukkan sehingga dilihat bersalah.
Konsep keadilan sedia ada mesti terpakai juga kepada mereka. Pencegahan tidak semestinya pada tahap tangkapan, tahanan, pengasingan dan pendakwaan.
Semua antara kita bijak, jika sayangkan Malaysia. Polis kita pula terbaik. Mahkamah pun sama.
Cuma lawyer sahaja masih dok termenung di surau ni... flight delay! ðŸ˜‰ðŸ¤£ðŸ˜†

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►