Thursday, December 5, 2019

[511.19] JAWATAN & JENIS PEGUAM BUKAN SEMUA BOLEH MOHON



Bila setiap kali iklankan jawatan kosong Legal Assistant, ramai yang memohon. Bila sebut ramai, semua nak memohon. Di sini kita faham ramai baca tajuk sahaja.
Patutnya kita tidak perlu menyatakan butiran keperluan satu jawatan, tetapi sebab kebanyakan netizen tidak suka ambil tahu untuk memahami, maka butiran dijelaskan. Pun tidak dibacanya.
Dalam pekerjaan peguam ada beberapa jenis perkara digunakan, antaranya;
Legal Assistant - Peguam biasa makan gaji
Associates - Peguam biasa juga tetapi mungkin ada sedikit skill
Senior lawyer/associate - Peguam senioritinya melebihi 7 tahun dan gaji mahal
Partner - Rakan kongsi yang makan komisen dan laba serta tanggung liabiliti saya. Tetapi ada juga salary partner.
Consultant - Peguam yang beramal tetapi tidak buat kerja. Biasanya kerjanya hanya marketing walaupun sekadar nama atau membuat konsultansi kepada kes tertentu sahaja.
Apa pun tahap pendidikan mereka, mereka perlu ada kelayakan asas iaitu:
O Sarjana Muda Undang-Undang;
O Diterima masuk dan didaftaraikan sebagai peguambela & peguamcara Malaya/sabah/sarawak
O Ada lesen tahunan amalan guaman yang sah.
Saya harap lepas ini sebelum memohon, sila baca kelayakan dan jenis jawatan. Sebab bila ada indikasi REJECTED, jangan lah marah-marah kami.😂

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►