Thursday, December 5, 2019

[510.19] KERJA SAMPINGAN PEGUAM



Alhamdulillah, selesai semalaman buat drafting 9 kertas kausa. Esok kena meeting klien sejauh 500km untuk perbincangan dan tandatangan kertas kausa.
Kes urgent lantikan last minute. Aduh!
Peguam tidak boleh memiliki atau menjalankan perniagaan lain secara rasmi bagi mengekalkan profesionalnya dan tumpuan kepada bidang amalan perundangannya.
Bagaimanapun, ia tidak menghalang untuk peguam dilantik sebagai rakan kongsi lelap, board of director, ahli lembaga, ahli dewan negeri/negara/parlimen.
Selain itu peguam biasa membuat kerja bagi pihak peguam yang lain. Kalau hadir mahkamah untuk kendalikan kes, kaunsel namanya.
Kalau hadir bagi sebutan dan ambil tarikh dan arahan lanjut, Mention on Behalf (MOB) digelarnya.
Kekadang ada peguam yg ada klien tetapi tiada kemahiran, ambilnya oeguam lain sebagai kaunsel. Beliau tetap bertindak sebagai peguam utama.
Kerja ini berdasarkan locus standi yang ada. Takde lesen, hilang lah locusnya.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►