Thursday, December 5, 2019

[515.19] KUASA PENDAKWARAYA DI BAWAH PERKARA 145 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN






SOALAN - " Ini tidak adil apabila Mahkamah macam dihalang oleh TT untuk keadilan kepada budak-budak tu"
ISU PERTAMA - adakah tindakan majistret tersebut adalah tindakan yang betul?
Majistret adalah bertindak di dalam skopnya sebagaimana surat Pendakwaraya adalah selaras dengan kuasa khas di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi Peguam Negara / Pendakwaraya. Bagi saya Majistret adalah tiada khilaf di sini,
Tetapi ruang untuk mencabar tindakan Majistret atas keterhadan kuasa Pendakwaraya di bawah Perkara 145 (3) adalah terbuka di Mahkamah Tinggi atau corum yang lebih tinggi.
ISU KEDUA - Bolehkah Pendakwaraya / Peguam Negara bertindakan sedemikian?
Jawapannya boleh dalam kuasanya selaku pendakwaraya / Peguam Negara di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan
ISU KETIGA - Adakah tindakan sebegini adil?
Adil harus dilihat daripada kedua pihak. Dikatakan ada kes cabul melibatkan kanak-kanak, tetapi dikelaskan sebagai Non Further Action. Jika ini dibuat secara membabi buta atau salahguna kuasa, maka ia suatu kezaliman dan ketidak adilan kepada keluarga mangsa.
Tetapi jika NFA telah dibuat oleh polis melalui Pendakwaraya atas material siasatan di dalam Kertas Siasatan, maka hasil itu adalah adil.
Yang mana satu terpakai, bergantung kepada fakta semasa. Saya tidak pasti dengan perjalanan kes tersebut. Melalui pembacaan ringkas, panggilan kepada Pegawai Penyiasat hanya untuk menerangkan kenapa kes tersebut dikelaskan sebagai NFA sehingga Pendakwaraya terpaksa mengemukakan surat di bawah Perkara 145(3).
Tiada fakta dan material siasatan yang relevan untuk menyatakan polis dan pendakwaraya telah mengambil tindakan NFA tanpa diteliti Kertas Siasatan sebaik mungkin.
Pernyataan mangsa dan keluarga adalah bukan fakta dan sebaik pertimbangan. Itu perlu diingatkan.
Mendiang Hakim Mahkamah Persekutuan, Augustine Paul pernah tegaskan bahawa (diguna pakai sehingga kini);
".....pentingannya bukti sokongan terutama kes melibatkan seksual. Saksi dan mangsa boleh membuat tuduhan palsu atas sebab tertentu atau tanpa sebab pun...."
Kalau dalam tahun 90an, seorang Hakim boleh berkata sedemikian, apa lagi kanak-kanak zaman sekarang. Bukan mangsa berbohong, tetapi faktor lain perlu diambil kira tanpa menuding kepada pihak Pendakwaraya dan polis sahaja.
Saya sendiri pernah wakili kes seksual melibatkan keterangan palsu. Pernah kerana bapa tiri di reman bertahun kerana dituduh rogol hanya kerana sebenarnya tak bagi anak tiri keluar merayau.
Bagaimanapun, saya amat setuju jika keputusan Majistret itu dicabar atas keesahan kuasa Pendakwaraya di bawah Perlembagaan itu.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►