Friday, April 7, 2017

PASANGAN YANG BAIK MENJAMIN GENERASI YANG BAIK



Masa kanak-kanak sehingga remaja
Banyak tentang Arwah Abah saya tak suka
Arwah melebihkan orang selain anaknya
Tak lokek memberi dan menderma
Berlembut dalam semua perkara

Bantuan diminta tidak pernah dihampa
Melayani sahabat dan keluarga di luar duga
Dia lelaki berkorban apa sahaja
Lelaki yang tidak pernah meminta-minta
Biarpun dia berhak untuk merasa
Sedia melepaskan yang sedia ada

Kami adik beradik tak suka
Tapi kami lupa seketika dia bapa
Daripadanya kami warisi baka
Bila umur meningkat sebegini 'muda'
Kami faham kenapa
Mungkin kami juga bersikap sama

Kami berbangga Arwah mendidik keluarga
Dengan agama dan bersedia apa sahaja
Biarpun Arwah tidak seberapa

Benar kata orang tua-tua
Bila ke arah berkeluarga
Jaga sikap, cakap dan agama
Kerana kita akan membentuk generasi muda

Saya ingatkan saya dan sahabat semua
Kita merubah masyarakat dunia
Jangan dunia pengaruhi kita
Jangan naif dalam semua perkara
 — at Beserah beach, Kuantan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►