Friday, April 7, 2017

"MACAMANA NAK TAHU LAWYER TU BAGUS KE TIDAK?"


Saya tak pasti nak jawab macamana. Nak kata sendiri, kang lain pulak. Nak rekemen itu baik itu tidak, kang salah cakap. Tetapi pengalaman saya, ramai salah pilih lawyer.
Orang awam melihat tua umur itu sebagai berpengalaman walapun banyak sekarang orang tua jadi lawyer setahun dua. Senioriti tidak menjamin pengalaman kerana mungkin dia mengamal sesuatu bidang tertentu. Sebagai contoh, 30 tahun sebagai peguamcara conveyancing (perumahan dan kontrak) tidak menjadikan dia berpengalaman dalam bidang guaman jenayah dan litigasi sivil.
Pengalaman puluhan tahun litigasi perbankan, tidak menjadikan dia tahu loophole dan mampu menjadi defence kepada litigasi sivil yang lain.
Setiap peguam mempunyai lesen yang besar dan boleh mengamal semua bidang tetapi setiap orang ada kelebihan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►