Friday, April 7, 2017

"SAYA NAK JAMIN SUAMI SAYA DI PENJARA - JANGAN KENA TIPU"


Jaminan boleh dibuat semasa di balai polis semasa dalam tempoh reman. Atau selepas habis tempoh reman (14 hari) tetapi masih belum diputuskan untuk pendakwaan di Mahkamah atau sebaliknya.

Reman melibatkan polis adalah melalui dokumen khusus yang biasanya dipanggil "jamin polis". Ada jaminan yang di berikan percuma iaitu jamin mulut atau bercagar.

Apabila pendakwaan dibuat di Mahkamah, jaminan akan ditawarkan kepada orang kena tuduh selagi mana tidak melibatkan pertuduhan yg membawa hukuman mati atau seumur hidup.

Amaun jaminan akan diberikan dan direkodkan oleh Mahkamah. Pembayaran jaminan perlu dibuat kepada Mahkamah. Ingat jangan bayar kepada org lain baik polis mahupun pihak lain.

Apabila sudah jatuh hukum, tiada lagi jaminan diberikan atau boleh dibuat kecuali ada rayuan cuba dibuat dan satu jaminan sementara dipohon bagi menangguh perlaksanaannya.

Jangan bayar sesuka hati.. kena tipu melopong karang!
 — in Tak Bai.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►