Friday, April 7, 2017

HAK MELANTIK PEGUAM

- "Orang Kena Tuduh pun ada hak nak lantik peguam"

Hak untuk diwakili memang ada diberikan dalam hak asasi rakyat Malaysia sebagai individu mahupun melalui Perkara 5 Perlembagaan Malaysia.

Apabila dituduh di Mahkamah, Orang kena Tuduh ada beberapa hak ke atas Mahkamah. Bila sebut Mahkamah termasuk kepada mahkamah, kakitangan, hakim, pendakwaraya dan lain-lain. Antara hak yang wajib diberikan;

O Hak untuk ditawarkan jaminan sementara kes dibicarakan (tertakluk kepada jenis hukuman dan pertuduhan);

O Hak untuk diberikan layanan bahawa tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya (hak untuk dijamin dan meneruskan hidup seperti biasa);

O Hak dibicarakan dengan adil;

O Hak diwakili oleh peguambela sekiranya diperlukan;

Pertanyaan mengenai perlantikan peguam. Maka Orang Kena Tuduh boleh melantik mana-mana peguam yang dirasakan bersesuaian dan dlam konteks kemampuannya.

Praktikalnya, Mahkamah turut memberikan satu tarikh khusus untuk membolehkan OKT melantik peguam dan membolehkan peguambelanya hadir ke Mahkamah. Seterusnya memudahkan urusan komunikasi Mahkamah dalam soal perjalanan prosiding dan perundangan yang lebih mudah difahami oleh Peguambela dan Mahkamah akan jimat masa dalam menjelaskan atau memahamkan OKT tentang apa yang berlaku.

Dalam proses perlantikan ini biasanya masa diberikan Mahkamah bersekali dengan tarikh pengurusan kes bagi pihak pendakwaan membekalkan salinan dokumen di bawah seksyen 51A Kanun Acara Jenayah. Biasanya sebulan daripada tarikh mula dituduh.

Walaupun OKT GAGAL melantik peguambela dalam tempoh berkenaan, masih ada beberapa tarikh pengurusan kes yang memberikan OKT peluang dan masa untuk melantik peguambela.

Tetapi janganlah terlalu lama dan melengahkan masa Mahkamah. Adalah adil sekiranya Mahkamah juga akan marah dan memberikan amaran atau memberikan kata dua bagi OKT menjalankan kes sendiri setelah memberikan banyak masa untuk melantik peguambela.

Anda ada hak untuk melantik peguambela seramai yang anda mahu. Sesiapa sahaja yang mahu dilantik. Anda juga boleh menukar peguambela pada bila-bila masa tertakluk kepada lien antara anda dan peguambela sebelumnya.

Sekiranya anda tidak mampu untuk melantik peguam dengan cara biasa iaitu dengan mendapatkan bantuan peguambela yang arif dalam bidangnya, bantuan daripada pihak Bantuan Guaman seperti Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan boleh diperolehi di pejabat Jawatankuasa Peguam setiap negeri tetapi ia dibayar oleh pihak kerajaan.

Selebihnya pasal bantuan guaman saya tak mahu cerita, kena pm tepi. Sendiri mau ingat!

NOTA: Jawapan simple terus daripada kepala.
 — with Abuya AdamAzmi Kee MengHisham Nazirand Peguam Bergelar Dato' at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►