Friday, April 7, 2017

BULAN ISU MASALAH KELUARGA


Bulan ini saya banyak menerima panggilan bertanyakan masalah keluarga. Saya kongsikan secara ringkas bagi teladan dan alternatif penyelesaian masalah sekiranya boleh dan perlu;

[1] Kahwin lari (Non Muslim);
Isu ini dah dibincangkan pada status yang lepas. Isu yang menjadi sebab halangan cinta daripada keluarga. Entah kenapa terjadinya sedemikian tetapi biasanya faktor utama menjadi halangan keluarga dalam kes ini ialah status lelaki yang agak tidak menyakinkan dari sudut kewangan.

Wang menjadi ukuran kepada segalanya.

[2] Impoten (Mati Pucuk)
Seorang wanita cina menghubungi bagi bertanyakan proses perceraian secara persetujuan bersama. Panggilan daripada Selatan Semenjung Malaysia dan menyatakan kedua pihak setuju untuk bercerai.

Apabila kedua pihak setuju bercerai dalam satu proses perceraian yang disebut Petisyen Bersama, tiada syarat kaunseling di Jabatan Pendaftaran Negara atau pemisahan selama 2 tahun dikenakan. Proses permohonan boleh terus kepada Mahkamah Tinggi melalui peguamcara lantikan anda.

Proses bukan melibatkan kos yang mahal tetapi sekiranya anda betul-betul tidak mampu, boleh mohon bantuan Biro Bantuan Guaman.

Beliau menyatakan kerisauan atas status janda, mungkin dia "tidak laku" lagi untuk mendapat jodoh kali kedua. Sedangkan.. di sini cerita bermula.

Katanya beliau tidak pernah disentuh (dalam erti kata, faham-fahamlah) atas sebab masalah kelakian suaminya.

Pendek cerita sekiranya perkara ini berlaku, selain daripada permohonan perceraian biasa, satu permohonan pembatalan perkahwinan atas perkahwinan yang tidak dipenuhi boleh dimohon. Bezanya antara perceraian, pembatalan perkahwinan akan dibuat dan dibatalkan seolah anda tidak pernah berkahwin.

Tiada lagi status janda.

[3] Harta Usahasama
Selama berkahwin, suami isteri atas kasih sayang berusaha untuk maju dalam bisnes. Tetapi atas beberapa sebab, tiada harta sepencarian boleh dimohon atau pembahagian adil boleh dibuat.

Masih banyak lagi usaha dan jalan untuk mendapatkan keadilan bahagian hartanah dan pemerolehan tersebut. Tetapi bergantung kepada dokumen sokongan dan fakta kes.

Apabila wang menjadi isu, hilang anak. Hilang janji. Kenapa manusia begini?

[4] Curang
Isteri menelefon. Keduanya bersetuju pada mulanya untuk perceraian bersama. Tetapi kemudiannya suaminya membantah kepada perceraian dengan syarat-syarat tertentu yang mana menjadi isu perbicaraan kini.

Tetapi beliau akui bahawa beliau selaku isteri memulakan kecurangan. Argh!

Dunia sudah akhir zaman.
 — at Hisham Nazir & Co - Www.hishamnazir.com.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►