Friday, April 7, 2017

KES REMAN


Kuala Terengganu: Reman dua lelaki termasuk seorang pengarah eksekutif badan bukan kerajaan (NGO) disambung tiga hari sehingga Ahad ini bagi membantu kes penipuan umrah membabitkan kerugian sebanyak RM14.2 juta.
Perintah reman terhadap suspek masing-masing berusia 28 tahun termasuk seorang akauntan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kuala Terengganu, Wan Aziantie Ab Karim@Isa untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Dua suspek masing-masing dari Kampung Pasir Tawar, Jabi dan Kampung Padang Lengkuas, Jertih tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu, 9.30 pagi tadi diiringi pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Terengganu.
Akhbar semalam melaporkan setiap peserta hanya perlu membayar RM3,000 daripada pakej umrah bernilai RM6,990 manakala selebihnya akan dibiayai penaja bagi menarik perhatian peserta.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►