Friday, April 7, 2017

TUNTUTAN MAHKAMAH SIVIL - "DAH TANGGUNG HABIS BANYAK LEPAS TU POMPUAN TAK JADI KAHWIN"


Seorang lelaki datang temujanji bagi satu kes sivil. Satu kes yg biasanya dituntut oleh wanita. Perjanjian untuk kahwin. Kes kontrak apabila ada penawaran, permintaan dan balasan.

Bagi kes sebegini banyak dimulakan oleh wanita. Di Malaysia banyak kes oleh wanita terhadap lelaki akibat tidak menunaikan janjinya untuk berkahwin.

Biasanya kempunan untuk berkahwin dengan VIP, kempunan berkahwin walaupun telah digunapakai sexually dan kekadang financially.

Ada juga marah dan dendam kerana telah diketahui ditebuk orang. Dendam kerana duit perempuan habis banyak. Marah sakit hati sebab lelaki tidak mampu kontrol isteri pertama akhirnya melepas jadi isteri kedua.

Kes sebegini baik lelaki atau wanita, kontrak sebegini sah jika mampu dibuktikan wujudnya janji kedua pihak. Cuma ada faktor yg menjadi kes tidak berjaya ialah elemen balasan.

Janji untuk berkahwin di pihak wanita yg masa tersebut masih isteri orang adalah tidak sah kontraknya kerana ia tidak nokeh berkahwin dan tidak kompeten untuk memasuki kontrak pada ketika beliau masih berstatus isteri orang.

Kalau lelaki pun sedemikian kecuali muslim yg mana lelakinya mampu dan dibenarkan untuk berkahwin lebih dari satu wanita dan diiktiraf secara budaya, agama dan perundangan di Malaysia.

Berbalik kepada cerita lelaki tadi, katanya telah menyara wanita berkenaan semenjak menganggur dan awal beliau bekerja. Malah kemudiannya menaja dan menanggung yuran dan sara hidup wanita berkenaan semasa menuntut di sebuah IPTA sehingga berjaya mendapat segulung ijazah.

Apabila setelah graduasi, wanita lebih ketara perubahannya dan diketahui mempunyai hubungan dengan lelaki lain di IPTA berkenaan dan disambung sehingga mendapat kerja di ibu negara.

Walaupun begitu, atas sayang punya pasal si lelaki telah membuat pinjaman peribadi bagi kemudahan wanita berkaitan untuk memulakan hidup (al kononnya) dan membeli sebuah kereta pada masa itu. Tidak banyak jumlahnya tetapi bagi lelaki yg bukan berjawatan tinggi dan hanya miliki motorsikal, RM15k agak banyak baginya.

Pendek cerita, lelaki ketiga itu punya pasal hubungan mereka putus dengan egonya wanita itu merendahkan nilai lelaki yg banyak menolongnya.

Tuntutan telah dibuat dan telah diselesaikan luar Mahkamah. Wanita itu diketahui pada waktu itu adalah jobless. Menyewa runah bersama rakan dan ditinggal lelaki berkenaan setelah dia juga financially menyara lelaki bangang itu dan kerugian sampingan yg dikatakan secara bergosip yg telah diringan-ringankan dan dicabul sedaya mungkin. Yg lain tidak pasti.

Akibatnya walaupun agak cantik, sampai sekarang wanita itu tidak berjodohan (jgn komplen penggunaan ayat ini) sehingga kini.

Saya teringat beberapa kes serangan mahupun kes bunuh melibatkan wanita sebegini. Apabila isu dan fakta dibangkitkan di Mahkamah, ia akan mengaibkan mangsa dan keluarganya.

Zaman sudah berubah. Wanita memainkan hati lelaki termasuk mengikis mereka. Manakala lelaki sudah bodoh sikit dengan tunduk kepada wanita sedangkan dari sudut adat dan agama, lelaki adalah lebih dominan dan mempunyai kuasa bargaining power yg lebih besar daripada wanita (wanita boleh meminang).

Kalau wanita tidak sudi, beralihlah kepada yg lain. Tidak perlu susah-susah habiskan masa dan duit sebegitu. Bukan wanita tidak memberikan lelaki peluang tetapi wanita yg tidak memberikan diri mereka peluang. Ingat bargaining power tadi.

Kalau ditolak, Allah akan ganti lebih cantik, baik dan kaya (barangkali). Janji Allah pasti dan pastinya wanita itu masih bujang dan lelaki itu telab berkahwin dengan wanita bekerjaya, miliki anak-anak dan mempunyai pendapatan perniagaan sampinhan selain gaji tetap kerajaan.

Dengar khabar nak tambah cawangan (gosip pada 2014). Jodoh tangan tuhan tapi sombong!

Ada kes sebegini lagi?.
Teringin nak gi bicara!

NOTA: Gambar di bawah ialah abang besar HNC dan bukan gambar Abang yang datang pejabat tu.

SHARE & LIKE

Hisham Nazir
Subang Jaya & Sungai Petani
www.hishamnazir.com | www.hishamnazir.net
+6013-9307961
 — with Kamal HassanAntonio Banderas and Hisham Nazir at Kuala Lumpur International Airport.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►