Friday, November 4, 2022

[1318.22] HUKUMAN DIJALANKAN SECARA BERTURUT ATAU SERENTAK


Bagi menentukan sama ada sesuatu hukuman harus dilakukan secara berturut-turut atau serentak, terdapat prinsip yang perlu digunapakai. Pertama, kesalahan itu mesti dilakukan dalam transaksi yang sama.
Sekiranya ia berada dalam transaksi yang sama, biasanya hukuman akan dilakukan serentak. Jika seseorang melakukan kesalahan rompakan dan selepas 2 tahun, dia melakukan kesalahan lain maka ia tidak akan dianggap sebagai satu transaksi. Prinsip lain adalah keseluruhan “totality”.
Prinsip keseluruhan “totality” bergantung kepada bidang kuasa mahkamah. Sebagai contoh, Mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan 12 kali sebatan dan 5 tahun penjara. Mahkamah Majistret menggunakan prinsip keseluruhan ini bagi kesalahan 12 (2) DDA yang akan diambil kira hukuman penjara 1 tahun dan sama ada hukuman berturut-turut akan memberi kesukaran kepada tertuduh atau tidak. Jika tidak, hukuman dilakukan secara berturut-turut, tetapi hukuman secara menggunakan prinsip keseluruhaan “totality” masih di bawah bidang kuasa mahkamah. Prinsip ini boleh didapati dalam kes Bachik Abdul Rahman v PP [2004] 2 CLJ.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►