Bagi kesalahan yang dihadapkan terhadap Tertuduh di bawah Seksyen ini, pihak Pendakwaan perlulah membuktikan dua (2) elemen penting iaitu dengan merujuk kepada kes Pg Tuah bin Pg Hj Tula v. PP [1993] 2 MLRH 332; [1993] 3 CLJ 557 di mana telah digariskan dua elemen yang perlu dibuktikan merangkumi pertama sekali, (i) Tertuduh melakukan serangan atau kekerasan jenayah terhadap mangsa dan (ii) Tertuduh dengan niat untuk menjatuhkan maruah mangsa.
Apakah yang boleh dimaksudkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan tersebut adalah salah satunya dengan merujuk kepada buku Law of Crimes karangan Ratanlal di mukasurat 1336 ada menyatakan "to place hands on the shoulder of a woman will be an outrage on the modesty of a Hindu or a Moahamedan, but not a European".
Antara tindakan yang boleh dikategorikan sebagai suatu kesalahan di bawah definisi Seksyen 354 KK dengan niat mencabul kehormatan adalah tindakan X memegang dan mengusap peha, meraba dan mengusap bahagian kemaluan dan meraba payudara Y membuktikan dia memang berniat untuk mencabul kehormatan Y.
Seterusnya, perlulah dibuktikan dengan mangsa mengemukakan keterangan di Mahkamah, disokong dengan keterangan-keterangan lain seperti bukti keadaan (circumstantial evidence).
Izatul Nabila
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..