Elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan melibatkan kes penculikan dengan niat bersama untuk mendapatkan wang tebusan melibatkan peruntukan di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang telah secara jelas memperuntukkan bahawa mana-mana individu bertindak dengan maksud menahan mana-mana orang untuk wang tebusan, abduksi atau mengurung atau menahan dengan tidak berpatutan orang itu, adalah dianggap telah melakukan suatu kesalahan dan jika sabit kesalahan tersebut, tertuduh boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika ia tidak dihukum mati, tertuduh boleh dikenakan sebatan. Jika kesalahan dilakukan secara beramai-ramia (lebih daripada seorang), maka, Seksyen 34 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa apabila suatu perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa orang bagi mencapai niat bersama mereka semuanya, tiap-tiap seorang daripada mereka itu adalah bertanggung atas kesalahan tersebut sama seperti seolah-olah perbuatan itu telah dilakukan olehnya seorang.
Untuk satu kesalahan menculik dengan niat bersama untuk mendapatkan wang tebusan di bawah s 3 Akta Penculikan 1961, maka, perlu dibuktikan di Mahkamah bahawa (1) mangsa telah dilarikan atau dikurung secara salah atau terdapat halangan salah, (2) mangsa telah dihalang secara salah dengan niat bagi mendapatkan wang tebusan (ransom) dan (3) tertuduh-tertuduh telah melakukan perbuatan-perbuatan tersebut di atas bersama-sama seorang lagi yang masih bebas dalam melaksanakan niat bersama mereka di bawah s 34 Kanun Keseksaan.
Izatul Nabila
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..