Friday, November 4, 2022

[1316.22] ELEMEN-ELEMEN PEMBUKTIAN KES FITNAH


 Plaintif perlu membuktikan elemen-elemen bahawa perkataan-perkataan tersebut adalah fitnah, perkataan-perkataan tersebut merujuk kepada Plaintif; dan perkataan tersebut telah disebarkan kepada pihak ketiga.
Manakala, apabila Defendan memplidkan justifikasi. Justeru. tugasan Defendan untuk membuktikan bahawa apa yang dikatakan itu adalah benar. Defendan tidak perlu membuktikan setiap satu kenyataannya adalah benar tetapi hendaklah membuktikan kenyataan-kenyataannya secara materialnya adalah benar.
Merujuk kepada kes Workers' Party: Tay Boon Too; Workers' Party v Attorney-General [1975] 1 MLJ 47 yang menyatakan pembelaan justifikasi perlu memberi tanggungjawab kepada Defendan untuk membuktikan perkara-perkara berikut:
“To establish a plea of justification, the defendant must (1) prove that the defamatory imputation is true; (2) justify the precise imputation complained of and (3) prove the truth of all the material statements in the libel. There must be a substantial justification of the whole libel. However, it is not necessary to prove the truth of every word of the libel.”
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli

 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►