Friday, November 4, 2022

[1319.22] ANTARA FAKTOR PIHAK PEMBELAAN GAGAL MENIMBULKAN KERAGUAN MUNASABAH KE ATAS KES PIHAK PENDAKWAAN


Antara faktor-faktor yang menyebabkan pihak Pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah seterusnya mengakibatkan Tertuduh dijatuhkan hukuman terhadap kesalahan adalah pembelaan yang bersifat penafian semata-mata pembelaan yang bersifat pemikiran terkemudian (afterthought).
Selain itu, tiada sebarang penafian kepada kes yang telah dibentangkan oleh pihak Pendakwaan juga adalah merupakan antara sebab Pembelaan gagal membuktikan kesnya. Contoh adalah seperti Tertuduh tidak pernah menyangkal dakwaan Pendakwaan yang membuktikan fakta bahawa Tertuduh berada di suatu tempat semasa kejadian.
Keterangan yang dikemukakan Pembelaan yang bertentangan dengan kes yang dibentangkan Pendakwaa sahaja adalah tidak memadai tanpa disokong dengan keterangan-keterangan lain. Hal ini kerana pembelaan yang bersifat "afterthought" dan penafian semata-mata tidak dapat mengakaskan kebenaran kes pihak pendakwaan menyebabkan kes pembelaan gagal, menurut kes Megat Halim bin Megat Omar v. PP [2008] 2 MLRA 489; [2009] 1 CLJ 154 dan kes Peter ak Merupi @ Mansur bin Abdullah & Anor v. PP [2010] 4 MLRA 173; [2011] 6 MLJ 340; [2011] 1 CLJ 716.
Pihak Pembelaan juga dalam membentangkan kesnya tidak boleh mengemukakan kes pembelaan yang tidak masuk akal dan meragukan berdasarkan kepada kes PP v. Saimin & Ors [1971] 1 MLRH 91; [1971] 2 MLJ 16.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►