Friday, November 4, 2022

[1320.22] KEBOLEHTERIMAAN DOKUMEN YANG DIKELUARKAN KOMPUTER “COMPUTER GENERATED DOCUMENT” SEBAGAI BUKTI


Merujuk kepada seksyen 90A (2) Akta Keterangan 1950 dimana menyatakan seperti berikut:-
(2) Bagi maksud seksyen ini boleh dibuktikan bahawa sesuatu dokumen telah dikeluarkan oleh komputer dalam perjalanan penggunaannya yang biasa dengan mengemukakan kepada mahkamah suatu perakuan yang telah ditandatangani oleh seseorang yang sama ada sebelum atau selepas pengeluaran dokumen itu oleh komputer itu bertanggungjawab bagi pengurusan pengendalian komputer itu, atau bagi perjalanan aktiviti yang baginya komputer itu digunakan.
Sijil itu boleh diterima, jika orang yang menyediakan sijil mesti menyediakan dari pengetahuannya tentang bagaimana komputer tersebut beroperasi. Walau bagaimanapun, sijil itu tidak diperlukan jika orang tersebut hadir semasa perbicaraan kes yang berkaitan. Mahkamah digalakkan untuk berhati-hati dalam mengaplikasikan prinsip ini supaya ia tidak akan menyebabkan ketidakadilan kepada orang ramai.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►