Thursday, December 1, 2022

[1321.22] APA ITU ALIBI?


Alibi adalah satu bukti menunjukkan bahawa kehadiran tertuduh pada satu spesifik tempat dan pada satu spesifik waktu, membuktikan bahawa tertuduh tidak berada di tempat dan masa berlakunya sesuatu kesalahan.
Prosedur alibi adalah merujuk kepada SEKSYEN 402A KANUN PROSEDUR JENAYAH seperti berikut:-
402A. Alibi
(1) Mahkamah hendaklah, ketika tertuduh dipertuduhkan, memaklumkan tertuduh akan haknya untuk mengemukakan pembelaan alibi.
(2) Di mana tertuduh memohon untuk mengemukakan pembelaan alibi, dia hendaklah mengemukakan suatu notis alibinya semasa proses pengurusan kes.
(3) Walau apa pun subseksyen (2), di mana tertuduh tidak mengemukakan notis mengenai alibinya semasa proses pengurusan kes, dia boleh mengemukakan bukti bagi menyokong alibi pada bila-bila masa ketika perbicaraan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a) tertuduh telah menyerahkan suatu notis bertulis mengenai alibinya kepada Pendakwa Raya; dan
(b) Pendakwa Raya diberikan masa yang munasabah untuk menyelidik alibi tersebut sebelum bukti mengenainya boleh dikemukakan.
(4) Notis yang dikehendaki oleh seksyen ini hendaklah menyertakan butiran tempat di mana tertuduh itu mendakwa dia berada semasa berlakunya kesalahan yang dia dituduh, berserta dengan nama-nama dan alamat mana-mana saksi-saksi yang ingin dipanggil bagi mengukuhkan alibinya.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►