Thursday, November 19, 2020

[720.20] ADAKAH AHLI POLITIK DAPAT MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA YANG MAJU, MAKMUR DAN HARMONI?


Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Oleh itu, peranan parti politik adalah penting dalam sistem demokrasi di mana mekasnima pilihan raya digunapakai bagi memilih wakil rakyat dari parti-parti politik yang bertanding bagi kedudukan sama ada dalam Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat di mana wakil rakyat menggalas amanah bagi kepentingan rakyat.
Politik di Malaysia terdiri daripada parti-parti yang berbilang ideologi sama ada parti yang berlandaskan agama, bangsa, nasionalsime atau yang berhaluan tengah. Oleh itu, seringkali dalam pemahaman masyarakat bahawa kita perlu menempatkan seseorang yang layak di kedudukan tertinggi sebagai ketua eksekutif negara supaya beliau dapat mentadbir dan membawa Malaysia kearah yang lebih baik. Jadi adakah dengan seorang ahli politik yang berprinsip ditempatkan di kedudukan tertinggi dapat membawa Malaysia yang lebih maju, makmur dan harmoni? Bagaimana dengan jentera-jentera di bawanya adakah ianya turut ke arah yang sama?
Pada pendapat saya tidak perlu diletakkan kepercayaan terhadap ahli politik. Manusia sifatnya adalah tidak sempurna. Sebaik mana seorang ahli politik kita cuma dapat melihat sifatnya yang sebenar setelah mendapat kuasa tetapi hanya institusi yang baik dapat dikekalkan. Sebagai contoh Aung San Suu Kyi yang dianugerahkan nobel keamanan iaitu seorang pejuang demokrasi melakukan pembunuhan secara khusus (genocide) etnik Rohingya.
Oleh itu, untuk menjadikan Malaysia negara yang maju, makmur dan harmoni kita perlu menambah baik institusi di Malaysia seperti badan pencegahan rasuah, sistem pembahagian kuasa iaitu antara eksekutif, judiciari dan legistalif supaya ada ‘check and balance’, pendidikan dan sebagainya.
Mengapa penambahbaikan institusi lebih penting dari seorang pemimpin yang berprinsip kerana institusi memainkan peranan penting dalam membentuk dan memberi insentif terhadap gerak geri masyarakat dan organisasi dengan menetapkan 'peraturan’. Peraturan ini dapat mengawal interaksi ekonomi dan politik, menentukan bagaimana perkhidmatan perlu disampaikan, membentuk dan mengatur sistem keadilan. Tetapi apabila peraturan tidak ditegakkan oleh institusi yang efektif dan dipercayai, maka negara tidak akan dapat menjadi negara yang diimpikan.
Kesimpulannya, penambahbaikkan institusi adalah penting dan satu-satunya kunci bagi mengawal perubahan dinamik dalam persekitaran politik, ekonomi dan juga teknologi supaya Malaysia menjadi negara yang maju, makmur dan harmoni dan bukannya seorang ahli politik.
Subang Jaya, 2020



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►