Friday, March 25, 2022

[1126.22] Sekolah Henry Gurney


Ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Mahkamah Juvana 1947 [Akta 90] untuk menjaga pesalah di bawah umur 18 tahun.
Isu mengenai pesalah Juvana dan Sekolah Henry Gurney seringkali menyebabkan pelbagai tanggapan buruk di kalangan masyarakat. Ada yang melabelkan murid Sekolah Henry Gurney ini adalah murid yang gagal akademik dan gagal sahsiah. Ibaratnya gagal dalam hidup.
Logo Sekolah Henry Gurney ialah burung helang yang terbang dari api yang sedang marak. Ini bermaksud penghuni sedia untuk menerima pemulihan di sini dan menuju ke tempat yang lebih baik sebagai rakyat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Pada masa kini, terdapat hanya lima buah Sekolah Henry Gurney (SHG) iaitu,
• SHG Telok Mas, Melaka
• SHG Kota Kinabalu, Sabah
• SHG Keningau, Sabah
• SHG Puncak Borneo, Sarawak
• SHG Wanita Batu Gajah, Perak
Pendekatan agama yang diberikan adalah pendidikan agama berdasarkan kepada Kurikulum Pendidikan Islam Jabatan Penjara Malaysia meliputi Fekah, Aqidah, Syariah, Akhlak, Al-Quran, Hadith, dan Sirah Nabawiyah dan aktiviti tambahan sepertio Zikir , tahlil dan doa.
Penghuni-penghuni akan dibimbing oleh seorang pegawai kaunseling terlatih berpangkat Inspektor Penjara. Pegawai ini adalah bertugas khas untuk memberi bantuan kaunseling kepada penghuni dalam sesi kaunseling individu, kaunseling kumpulan atau kelompok , motivasi dan kanseling keluarga.
Penghuni-penghuni digalakkkan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM).
NOTA: Gambar sekadar hiasa
ZAHIRAH BAHARI


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►