Balik daripada Kuala Lumpur semalam, terserempak dengan satu anak lelaki muda yang menunggang motosikal dengan sebelah tangan dan agak perlahan berbanding anak muda lain. Apabila Uichi Gaban agak dekat dengannya, baru perasan yang di dadanya terdapat sarung bayi dan seorang bayi kecil tidur di dalam sarungnya di dada anak lelaki muda tadi.
Melihat jam pukul 4.12 petang, terdetik hati mungkin beliau dalam perjalanan ke tempat kerja ibunya. Mungkin baru dari tempat pengasuhnya. Tapi itulah ekonomi dan sayang bapa.
Teringat pula zaman kecil dengan kenangan honda samah plat DB milik abah Uichi Gaban. Galang besinya jauh ke belakang. Setakat muatan 3 anaknya muat sangat. Uichi Gaban yang sulong akan duduk paling belakang dan abah selalu pesan. "Pege Paccat!"
Melihat pada lelaki muda itu, Uichi Gaban selalu ingat yang selalu suruh anak tengok. "Tengok tu, orang lain naik motor. Sesak anak beranak satu motor, Abang masa dalam perut dah naik kereta. Kena ingat orang lain juga"
Dalam kasih itu, ekonomi ibubapa juga mengajar dan mendidik serta mengubah kita kepada seorang yang lebih kreatif. Mungkin ada faktor ekonomi yang menyebabkan selalu ikut abah ke bendang dan buat baik menjadikan Uichi Gaban hari ini.
Kasih ibu dan bapa agak sempurna. Bak dulu pernah dikatakan orang, yang ibu ada, yang bapa pun ada. Uichi Gaban pernah dapat ayat "susah nak dapat yang bertimbangrasa sebegini, tapi orangnya bengis"
Dalam dipuji, masih kena lagi. Tapi itu Uichi Gaban akui fakta.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..