Semalam dalam kuliah hadis di Surau Al Syakirin, Taman Puchong Utama oleh Ustaz Hasnol Hizam ada menyentuh mengenai Haji dan Mekah. Dalam huraian panjang itu, Uichi Gaban tertarik mengenai kedudukan beberapa item yang banyak diubah dan tidak diketahui oleh orang awam tanpa ilmu.
Selain itu terdapat banyak tanda seperti warna, mosaic, tiang dan beberapa tanda lain yang menjadi tanda tertentu yang mana mungkin bagi orang awam ia suatu kebiasaan dalam binaan.
Tetapi menurut huraian Ustaz Hasnol semalam sedikit sebanyak menguraikan tanpa ilmu kita kelihatan jahil mengenai kedudukan beberapa perkara penting di sana.
Melalui kuliah malam tadi, rupanya setiap tanda itu mempunyai alasan tertentu dan merujuk kepada perkara tertentu seperti rumah tokoh-tokoh mahupun peristiwa tertentu.
Ada juga beberapa perkara diketahui oleh orang ramai tetapi ramai pula yang tersilap tempatnya kerana tidak mempunyai ilmu apabila beberapa tempat dipindahkan atas sebab tertentu.
Nampaknya kena belajar banyak lagi kalau nak ke Mekah. Rugi kalau pergi dengan jahil dan tak ready.
JOM PAKAT TURUN MAJLIS ILMU DI SURAU & MASJID
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..