Monday, December 20, 2010

Kenapa Mak Ayah perlu sangat kepada Facebook?


Bila disebut Facebook, jarang amat orang yang tidak memiliki akaunnya. Dari semuda manusia sehingga nazak nak mati. Daripada serendah Jawatankuasa Kampung sehingga Presiden sebuah negara, semuanya ada akaun facebook tersendiri. Maka dalam peredaran semasa yang menggunakan ia sebagai satu perantaraan berkesan dalam media internet, amat janggal jika mana-mana orang tidak mempunyainya.

Uichi Gaban nak bercerita mengenai banyak facebook bebudak sekarang. Kalah Uichi Gaban. Ramai antara mereka 'In Relationship' seawal darjah 4 sehingga ada yang mencecah 13 tahun sudah 'married'. Uichi Gaban sendiri masuk 25 baru gatai nak kahwin.

Dengan alam percintaan monyet diselit dengan muatnaik gambar-gambar yang mencarik adat melayu ke dalam facebook, anak muda kita secara langsung menunjukkan aib sendiri. Ibu bapa tidak sedari kerana bukan semua ada minat untuk mencampuri urusan anak muda mereka ini. Salah siapa?

Mungkin ibu bapa patut berfikir seketika, apa anak kami buat dengan facebook. Gambar bagaimana di dalamnya. Apa penulisannya. Apa kehidupannya. Adakah semuanya di dalam pengetahuan kami selaku ibu bapa.

Tahukah anda berapa ramai anak anda bukan sahaja menelanjangkan auratnya tetapi berpakaian amat luar biasa samada kurang benangnya atau terlebih style dan budayanya. Anak kita bagaimana. 

Ini tidak termasuk dengan aktiviti tidak bermoral yang tidak kita sangka diperlakukan anak kita sehingga semua ini diceritakan oleh pihak ketiga. Sekolah malu, ibubapa malu. Anak anda mungkin sekadar buat bodoh dengan menukar sekolah menjadikan ia sebagai permulaan di tempat baru.

Kalau ada yang berkesempatan, lihat juga laman rakan-rakan anak kita, kalau ada yang pelik dan sakit mata memandang. Bukan apa, elok ditegur sebelum terlewat. Anak kita sekarang cepat baligh tetapi standard mental makin menurun. Malam ni pun nampak bangga satu anak muda belanja adik manisnya seawal 13-14 tahun umur. Duit saku pun mak ayah bagi.. anak kita ke?

Risau tengok laman budak-budak kini..

klik sini

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►