Bila disebut faisal Tehrani, sudah tentu nama besar karyawan sastera ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Suatu nama yan agak besar mengharumkan dunia sastera Malaysia dalam sudut pembaharuan dalam berkarya. Ramai meminati karya islamik beliau dan kritis pemikirannya.
Setakat ini Uchi Gaban ada membaca beberapa komen kritis yang diberikan oleh beliau mengenai hasil karya Malaysia yang kurang berkualiti dan juga amat kurang minat warga Malaysia untuk menulis.
Uchi Gaban tetiba teringat kat Faisal Tehrani apabila akhbar hari ini turut memuatkan bagaimana beliau meluahkan rasa kebimbangan pada kekurangan produk karya penulisan orang kita. Sememanya Uchi Gaban setuju dengan beliau, bukan sahaja orang kita tidak mahu dan tidak mampu untuk berkarya dengan baik tetapi sikap malas masih sebati dengan bangsa kita. Kita tidak cuba melangkaui batasan untuk berkarya lebih baik. Agar sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada pembangunan bangsa dan agama kita.
Kita lebih banyak dihidangkan dengan karya-karya sampah yang tidak bermanfaat kepada masyarakat terutama kepada anak muda dalam melahirkan masyarakat bermatlamat, sebaliknya kita lebih banyak tertumpu kepada hasil penulisan fiksyen semata-mata dengan hidangan bahasa dan jalan cerita yang agak cetek.
Kenapa tidak kita melaungkan dakwah dan perjuangan melalui penulisan. Kenapa bangsa kita tidak menggunakan pena sebagai jalan mengolah satu cerita yang lebih bermutu untuk diambil ikhtibar dan difikirkan. Kita lebih suka dikhayalkan dengan cerita yang ada mula dan hujungnya.
Uchi Gaban teringat baru-baru ini ada temuramah Faisal Tehrani mengenai pembikinan filem Islam di Malaysia. Sejujurnya, Malaysia tidak pernah mengeluarkan satu filem Islam yang betul-betul memberikan matlamat kepada dakwah dan perjuangan agama. Mungkin filem yang dibintangi oleh kumpulan Raihan masa ketika dahulu boleh dijadikan contoh filem Islam tetapi usaha tersebut dihentikan.
Dalam sudut mengarap karya filem yang baik selaras dengan Islam, kita melihat hasil karya bukan Melayu lebih baik sebagaimana yang dihasilkan oleh "Cik Pensil". Manakala filem dan tenaga produksi filem kita masih dibuai dengan matlamat jualan sebagai pertimbangan utama. Sedangkan faktor penting itu masih boleh berlaku dengan produk filem Islam dengan olahan yang baik.
Sampai bila karya Malaysia hanya akan tertumpu kepada cerita fiksyen semata-mata dan menjadi wang sebagai penentu. Maka lahirlah cerita mengenai negatif anak muda dan promosi maksiat secara berluasa.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..