Wednesday, October 20, 2010

Mahkamah Rayuan Kekalkan Keputusan Mahkamah Tinggi.


Putrajaya: Mahkamah Rayuan semalam sebulat suara menolak rayuan pihak Peguam Negara sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Taiping yang membebaskan dan melepaskan Responden Pertama tanpa dipanggil membela diri.

Dalam kes yang sama, rayuan pihak Peguam Negara terhadap Responden Kedua yang turut dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Taiping pada tahun 2003 tanpa membela diri dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan Malaysia di Putrajaya semalam.

Responden Pertama, Kedua dan Ketiga telah ditahan dalam satu serbuan di Changkat Jering pada tahun 1998 dan dituduh dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Taiping pada tahun 2000 bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Bagaimanapun rayuan terhadap Responden Ketiga dibatalkan kerana pihak Peguam Negara gagal mengesan Responden Ketiga.

Rayuan dijalankan oleh Puan Fatnin Yusuf daripada Jabatan Peguam Negara manakala Responden Pertama di wakili oleh Encik Hisham Nazir dan Responden Kedua oleh Encik Zahar.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►