Tuesday, October 20, 2009

Siri Ketiga: "Teringat Di Masa Dulu, Hatiku Menjadi Rindu"

Permainan & Mengaji

Permainan seperti guli dan gambar tidak perlu diceritakan, memang aku juara dari sudut stok. Tapi jarang menang. Bagi kaki TV pada masa tersebut, semua watak saya tahu. Transformer, He Man, Thunder Cat, Knight Rider itu dan ini semua ada kad, saya boleh cerita.

Kekadang sesampai je rumah datuk, saya dah melaung... "thunder! thunder! thunder cat"sambil pegang ranting kayu. Datuk jeling dari meja makan yang nampak dari jendela dapur. Rasanya saya ingat dia pernah menyampuk, "Tok sah dok main bowoh la.. naik gi ngaji. Ada bbirat (kesan rotan) kan!"

Datuk saya garangnya memang kalah rimau masa tu. Tak berani tengok muka. Tengok sahaja dia balik dengan lembu-lembunya, terus kami sepupu sepapat naik atas bangsal mengaji quran. Murid-murid dia yang lain pun sama. Tapi kena lebih cepat sebab kami ni cucu, dia boleh directbagi body contact kat peha dan kaki kami. Kekadang merah telinga kami kena mini sebat.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►