
Kes tersebut telah disiasat oleh BPR seremban pada tahun 2002 iaitu 6 tahun yang lalu bagi satu dakwaan kononnya kakitangan tersebut meminta dan mengambil suapan berjumlah RM17,000.00 dan RM2,500.00 bagi menyelesaikan satu tindakan pemotongan bekalan eletrik oleh pihak TNB ke premis pengadu di dalam kes tersebut. Pemotongan tersebut melibatkan bil tertunggak sebanyak RM2,500.00 dan RM500.00 sahaja tanpa apa jua caj tambahan bagi penyambungan kembali bekalan elektrik.
Kononnya suapan telah diambil oleh OKT melalui seornag kakitangan yang lain yang sama semasa aduan dan siasatan dibuat, kakitangan tersebut telah meninggal dunia.
Malah semasa kejadian tahun 2000 berlaku sehingga aduan rasmi dibuat kepada BPR Seremban, beberapa aduan juga telah dibuat oleh pihak pengadu kepada pihak dalaman TNB walaubagaimanapun, melalui dua siasatan dalaman tiada bukti terdapatnya penyelewengan telah dibuat malah kesemua tindakan adalah menurut prosedur. Aduan juga turut dibuat kepada pihak TNB Negeri dan hasil siasatan adalah sama. Malah semasa keterangan lanjut ingin dibuat, pengadu gagal dan enggan hadir ke pejabat TNB Daerah atau Negeri.
Aduan terhadap kakitangan atasan TNB yang terlibat dengan siasatan dalaman pertama juga dibuat oleh Pengadu.
Pengadu tidak dapat dikesan. OKT Dibebaskan tanpa dilepaskan.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..