Friday, September 19, 2008

Rogol: Juvana di kenakan Jaminan RM500.00

.
Kuala Lumpur (17.09.2008): Juvana yang bekerja sebagai mekanik hari ini dikenakan jaminan sebanyak RM500.00 sebagai jaminan keluar sementara menunggu kes diteruskan. Beliau yang telah ditahan reman selama 9 bulan di Penjara Kajang kelihatan agak tertekan apabila keluarga yang miskin tidak mampu membayar wang jaminan sebelum ini.

Sebelum ini mahkamah menetapkan jaminan terendah bagi juvana seperti beliau sebanyak RM4,000.00 bagi kes melibatkan rogol di bawah umur. Walaubagaimanapun, atas ketidakmampuan nenek beliau, beliau terus direman di Penjara Kajang sehingga peguambela beliau, Hisham Nazir memohon sekali lagi kepada Mahkamah yang Mulia agar diturunkan nilai jaminan tersebut bagi mengimbangi kemampuan keluarga beliau. Pada dua bulan yang lepas, nilai jaminan telah diturunkan dan dibenarkan sebanyak RM1,000.00 dengan seorang penjamin.

Atas kedaifan keluarganya, hari ini beliau masih direman di Penjara Kajang dan setelah dihadapkan ke Mahkamah bagi sambung bicara pagi ini, peguamcara beliau sekali lagi memohon nilai jaminan dikurang dan dibenarkan setakat RM500.00 dengan seorang penjamin.

Melihat kedaifan tersebut, pihak Mahkamah sendiri menawarkan kepada keluarga beliau dan peguambela beliau agar datang kembali dalam masa 2-3 hari sekiranya wang jaminan sebanyak RM500.00 tidak dapat diperolehi dan Mahkamah akan mempertimbangkan bagi pengurangan yang lebih rendah. Walaubagaimanapun, peguambela memaklumkan bahawa keluarga beliau tiada mempunyai wang sebanyak itu dan hanya mampu memperolehi sebanyak RM300.00 tetapi peguambela juga memberikan jaminan wang jaminan tersebut akan diperolehi dengan apa cara dan mengucapkan terima kasih atas budibaik Mahkamah dalam mengurangkan jaminan tersebut.


Pada hari ini Juvana telah mengaku bersalah dan ingin dijamin keluar sementara menunggu tarikh Jatuh Hukum. Wang Jaminan telah diperolehi daripada seorang individu.

Juvana yang merupakan anak yang ditinggalkan ibu kandung telah tinggal dan membesar dengan nenek beliau (ibu kepada ibu kandungnya) semenjak beliau lahir. Atas kedaifan, beliau tidak dapat peluang meneruskan pelajaran dan bekerja sebagai mekanik di Kuala Lumpur. Beliau merupakan penanggung utama nenek beliau dan sewaktu beliau direman, nenek beliau kini ditanggung sepenuhnya oleh bapa saudaranya yang masih membujang dan baru saja mengganggur kerana kontrak selaku jaga tamat.

Nenek beliau yang sering melemparkan kata-kata nasihat "Jangan Lupa Solat!" setiap kali ke Mahkamah nampak ceria dan menangis kegembiraan kerana dapat berhari raya bersama Juvana.


Nota: Petang tadi, bapa saudara beliau menelefon dan tidak henti mengucapkan terima kasih. Lantas teringat kawe pada abah dan adik-adik. Dulu kawe terpaksa ikut abah buat padi. Semua benda dalam proses padi kawe buat sampai lari-lari dalam bendang menghambat burung-burung ciak.

Teringat apabila abah pun pernah berhutang untuk hantar kawe ke Universiti. Tapi Allah Maha Kuasa. Masih ada di luar perlukan pertolongan kita.......

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►