Friday, November 4, 2011

Mohon Doa Buat Arwah Abah - MOHD NAZIR BIN ZAKARIA

ALLAHYARHAM MOHD NAZIR BIN ZAKARIA
(01.09.1951 - 13.10.2011)

Untuk makluman para rakan semua, abah Uichi Gaban telah pulang ke rahmatullah pada 13.10.2011 iaitu pada malam jumaat berkenaan.

Sehubungan dengan itu, mohon agar doa terbaik untuk Arwah dan mohon didoakan agar Arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi dan diredhai oleh Allah SWT.

Kepada siapa yang masih berhutang dalam keadaan biasa hutangnya kepada Arwah semasa hidupnya, pihak Uichi Gaban dan semua adik beradik kami halalkan hutang berkenaan.

Kepada sesiapa yang dihutang atau masih ada hutang yang belum berbayar oleh Arwah semasa hidup ataupun barangan dipinjamkan belum dikembalikan boleh hubungi Uichi Gaban (014-9933774) untuk pembayaran dan pemulangan.

Soal dosa-pahala dan khianat kepada Arwah biarlah menjadi urusan antara mereka & Allah SWT. Bukan kami untuk persoalkannya tetapi kami sekeluarga telah melaluinya selamat bertahun-tahun dan mohon ia sebagai kafarah atas dosa. 

Amin.
UICHI GABAN
MOhd Hisham bin MOhd Nazir

2 komen:

SYANI said...

Takziah untuk awak sekeluarga. Al-Fatihah!

SH said...

Trerima kasih

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►