Website - Blog
Powered by Facebook - Website

Tuesday, September 29, 2020

[686.20] ADAKAH SEMUA KESALAHAN JENAYAH BOLEH DIBERIKAN JAMINAN OLEH MAHKAMAH DAN ADAKAH BEBAS DENGAN IKAT JAMIN BERMAKSUD TERTUDUH BEBAS DARI TUDUHAN?


Jika seseorang dituduh melakukan jenayah di Mahkamah, tertuduh akan diberikan waran atau saman untuk hadir ke Mahkamah berdasarkan tuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh tersebut. Setelah tertuduh hadir ke Mahkamah bagi sebutan kes, tertuduh diberi pilihan untuk mengaku bersalah atau minta dibicarakan.
Oleh itu, bagi situasi di mana OKT minta dibicarakan, tarikh baru akan diberikan oleh Mahkamah dan wakil pihak OKT akan memohon jaminan dari mahkamah bagi membolehkan OKT bebas sementara dari tahanan pihak polis.
Walaubagaimanapun, tidak semua kesalahan jenayah boleh diberikan jaminan Mahkamah. Perlu dirujuk Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593), Jadual Pertama di Bahagian ke-5 di mana perkataan “bail”, “not bailable” dan “unbailable” digunakan. Kesalahan jenayah yang harus diberi jaminan Mahkamah akan disenaraikan sebagai “bailable”. Manakala, “not bailable” bagi kesalahan yang memerlukan budi bicara Mahkamah.
Oleh itu, kesalahan-kesalahan yang disenaraikan sebagai “bailable” seperti di dalam kes Mohd Jalil Bin Abdullah & Ors v PP [1996] 4 MLRH 713 di mana Mahkamah memutuskan seseorang yang dituduh melakukan kesalahan yang boleh diberi jaminan berdasarkan Akta 593, berhak mendapat jaminan Mahkamah. Pihak Mahkamah tidak boleh mempunyai keraguan untuk memberikan jaminan atau tidak bagi kesalahan “bailable”.
Berbeza dengan kesalahan yang disenaraikan sebagai “not bailable” iaitu Mahkamah mempunyai budi bicara penuh terhadap kesalahan-kesalahan tersebut untuk memberikan jaminan atau tidak. Tetapi Seksyen 388(1) Akta 593 menyatakan kesalahan yang membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup tidak boleh diberikan jaminan dimana kesalahan-kesalahan tersebut adalah “unbailable”.
Tetapi terdapat kes yang mengejutkan Malaysia sebagai penanda aras baharu seperti kes PP v Dato Balwant Singh (2002) 1 MLRH 505 di mana tertuduh bagi kes bunuh diberikan jaminan Mahkamah setelah Mahkamah mengambil kira faktor usia dan kesihatan tertuduh. Baru-baru ini seperti di dalam rayuan Samirah Muzaffar v PP [supra] iaitu kes bunuh bagi CEO Cradle Fund, tertuduh juga telah diberikan jaminan Mahkamah walaupun bagi pertuduhan yang membawa kepada hukuman mati kerana tertuduh adalah seorang wanita.
Kesimpulannya, perlu diambil kira rukun (tenet) dalam undang-undang bahawa individu yang dituduh melakukan kesalahan jenayah adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Oleh itu, jaminan bukanlah satu perintah untuk menghukum atau melepaskan seseorang tertuduh daripada tuduhan yang dikenakan seperti mana yang difahami segelintir masyarakat tetapi ianya adalah satu jaminan agar tertuduh hadir ke Mahkamah pada hari bicara.
Aaina Ozaimudi
Pelatih Dalam Kamar
Subang Jaya, 2020


 

Monday, September 28, 2020

[685.20] KERETA KLON

 Iklan jual kereta klon berlambak di Facebook. Makin banyak dan jadi trend. Adakah #PDRM maklum mengenainya.

Saturday, September 19, 2020

[684.20] PERLANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN PENDAKWARAYA KANAN


Ini adalah isu utama di dalam kes Semakan Kehakiman antara Muhammad Shafee bin Md Abdullah vs. Peguam Negara & Ors [2020]. Antara lain mempertikaikan perlantikan DS Gopal di bawah seksyen 376 (3) Kanun Acara Jenayah sebaliknya menghujahkan ia perlu dilakukan di bawah seksyen 379 Kanun Acara Jenayah.
Perlu diingatkan bahawa apa yang penting ialah perlantikan TS Shafee selaku TPR pada peringkat rayuan kes Public Prosecutor v. Dato' Sri Anwar Ibrahim [2013] juga di buat di bawah seksyen 376(3) KAJ.
Mahkamah Rayuan di dalam kes berkenaan telah memutuskan bahawa selaku TPR yang dilantik, TS Shafee mempunyai hak dan kuasa sebagai mana kuasa TPR di bawah peruntukan undang-undang kecuali peruntukan khusus bagi TPR.
Maka tidak relevan dan konsisten untuk TS Shafee menghujahkan bahawa perlantikan DS Gopal perlu dibuat di bawah seksyen 379 KAJ atau hanya terhad kepada pegawai Kehakiman dan Perundangan sahaja. Mahkamah juga bersetuju bahawa perlantikan DS Gopal di bawah seksyen 376(3) tidak perlu digazetkan atas dasar tiada keperluan dan peruntukan untuk berbuat sedemikian. TS Shafee juga dalam tindakan ini tidak mempertikaikan dan menyangkal hujahan Responden (Peguam Negara) berkenaan memandangkan perlantikan TS Shafee di dalam kes Anwar Ibrahim (supra) juga tidak digazetkan.
Mahkamah Tinggi merujuk kepada Mahkamah Rayuan dalam kes Dato' Sri Mohd Najib Hj Abdul Razak v. PP [2019] antara lain menyatakan:
"...Any appointment by the PP under s 376(3) CPC is not contingent upon such appointment being gazetted in the Federal Gazette. Therefore, it cannot be said that without the gazette the appointment of GSR is a nullity, void and of no effect. "
"...Hence we do not see the basis of the application for the production of the said LOA. Section 376(3) of the CPC does not require that the appointment to be made in writing. Thus, in the absence of the requirement of the appointment to be made in writing, it is a matter of course that the section does not provide for the LOA to be produced upon demand. It is not for the Courts to read and impose procedural requirements into the provisions to rule a non-compliance. This is reading something into the provision which is not there in the first place. The section is clear and unambiguous. The Federal Court case of Lee Kew Sang v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2005] 1 MLRA 692; [2005] 2 MLJ 631; [2005] 3 CLJ 914; [2005] 4 AMR 724 has stated that:
"...it is not for the Courts to create procedural requirements because it is not the function of the Courts to make law or rules. If there is no such procedural requirements then there cannot be non-compliance thereof. Only if there is that, there can be non-compliance thereof and only then the Courts should consider whether, on the facts, there has been non-compliance."
Rujuk – Muhammad Shafee Md Abdullah vs. Peguam Negara & Ors & Another Application [2020]


 

[683.20] NOTIS PIHAK KETIGA DALAM LITIGASI SIVIL


Permohonan untuk pihak ketiga ditambah sebagai pihak ketiga di dalam satu prosiding/tindakan sivil perlu membuat permohonan kebenaran (leave) kepada mahkamah di bawah Aturan 16 Kaedah 2(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
Dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran berkenaan, pihak Pemohon perlu menunjukkan melalui afidavitnya bahawa terdapat satu prima facie terhadap pihak Ketiga yang dicadangkan untuk dibawa masuk.
Mahkamah Rayuan dalam kes Dato' Abul Hasan bin Mohamed Rashid v. Multi-Code Electronics Industries & Anor [2012] menyatakan antara lain:
"The third party proceedings must be viewed as independent proceedings between the second defendant as plaintiff and the six directors as defendants... The second defendant in filing the third party application for indemnity and contribution, has to satisfy the court that there is a question proper to be tried as to the liability of the six directors to provide indemnity and make a contribution, be it in whole or in part. To put it differently, the second defendant has to show a prima facie case."
Tiada merit kes dibincangkan dan didengar oleh Hakim pada peringkat ini kecuali satu gambaran kepada afidavit yang menunjukkan bahawa terdapatnya prima facie sahaja. Jika Hakim berpuas hati, kebenaran diberikan bagi memasukkan Pihak Ketiga dan semua merit perlu dibuktikan semasa Bicara kelak.
Tindakan dan tuntutan dalam kertas kausa melibatkan pihak Ketiga perlu dibutirkan melalui plid secara jelas mengenai tindakan dan tuntutan serta pihak yang terlibat. Mahkamah Rayuan di dalam kes BPI International Finance Ltd v. Tengku Abdullah Ibni Sultan Abu Bakar [2009] antara lain memutuskan bahawa;
"In our view, where a person A is claiming to be indemnified by B in respect of his liability to C, he must plead with clarity the basis of his entitlement to such an indemnity, ie, whether it arises from any breach of contract, express or implied, or from any breach of duty of care, or otherwise to be implied from the nature of their relationship. It is not sufficient for him to merely include a prayer for an indemnity in the statement of claim without first stating the facts upon which such claim is founded."
Kegagalan untuk memplidkan butiran jelas dan kausa tindakan yang munasabah kepada tuntutan kepada pihak Ketiga boleh memberikan satu fatal kepada permohonan tersebut dan permohonan boleh ditolak. Mahkamah Tinggi dalam kes Inal Bina Sdn Bhd v. Mohd Rizzal bin Shamat (t/a as Kejuruteraan Perdana Teguh) (Bintang Kencana Sdn Bhd, third party) [2015] memutuskan bahawa;
"The contention of the third party here is that the defendant's third party notice on its face revealed no sustainable cause of action against the third party. The notice per se was devoid of particulars of how the third party is responsible for payment to the plaintiff."
Pemohon juga perlu buktikan wujudnya satu bukti hubungan diantara pihak Ketiga dan bukan sekadar kepada kausa tindakan tadi secara jelas dalam membuktikan wujudnya prima facie. Sebagaimana di dalam kes Sime Darby Bhd & Ors v. Dato' Seri Ahmad Zubair @ Ahmad Zubirbin Hj Murshid & Ors (Tun Musa Hitam & Ors, third parties) [2012] Mahkamah Tinggi cited daripada Privy Council antara lain;
"A right to indemnity generally arises from contract express or implied, but it is not confined to cases of contract A right to indemnity exists where the relation between the parties is such that either in law or in equity there is an obligation upon one party to indemnify the other."
Rujuk - A Santamil Selvi Alau Malay @ Anna Malay & Ors v. Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak & Ors [2020]

Thursday, September 17, 2020

[682.20] ANGGAPAN SEKSYEN 50 AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

 


Kes rasuah melibatkan Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan yang dijalankan dengan pemakaian anggapan di bawah seksyen 50 tertakluk kepada sub (1), (2) dan (3) adalah anggapan wujudnya tindakan pertuduhan berkenaan sehingga dibuktikan sebaliknya.
Maksudnya menjadi beban Orang Kena Tuduh untuk menyangkal pertuduhan dan elemen atau tindakan yang dipertuduhkan ke atasnya.
Beban bukti ke atas Pembelaan untuk membuktikan adalah pada tahap Imbangan Kebarangkalian sahaja yang menjadikan beban itu rendah selari dengan tugas pembelaan dalam situasi biasa di bawah seksyen 173 /180 / 182 Kanun Acara Jenayah (Ayat mudah faham)
Ini kalau merujuk kepada ayat yang digunapakai dalam seksyen 50, dibandingkan kes Assam v. Krishna Rao yang mana jelas beban bukti kepada perkara tersebut adalah melalui bukti dan bukan sekadar penjelasan.
Sila rujuk juga kepada -
Assam v. Krishna Rao [1973]
Mohd Khir Toyo v. PP [2015]
Jamaludin bin Md Kassim v. PP [2010]
Wong Joo Sen v. PP [2010]
PP v. Lim Hock Boon [2009]


Friday, September 11, 2020

[681.20] RUJUKAN KESIHATAN MENTAL

 


Dalam kes jenayah, jika pelaku ada masalah #mental atau ketidakmampuan mentalnya semasa #jenayah dilakukan, maka pertuduhan tidak boleh dikekal kerana ketidakmampuan pembuktian #mensrea dalam tindakan jenayah.
Jika benar OKT ada #sejarah kesihatan mental yang buruk atau dilihat sedemikian (rujuk kepada perlakuan semasa dan semasa melakukan jenayah) maka satu permohonan rujukan kepada pusat kesihatan mental boleh dibuat.
Pernohonan perlu dibuat kepada Mahkamah yang mengendalikan kes berkenaan pada mana-mana peringkat di bawah dan selaras dengan seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Jika dibenarkan oleh #Mahkamah, satu tempoh penilaian akan dibuat ke atas OKT berkenaan dan satu laporan rasmi akan dikeluarkan kepada Mahkamah.
Jika ditentukan #kesihatan mentalnya bermasalah, satu perintah tahanan akan dibuat ke atasnya sehingga diperkenankan oleh YDPA/#Sultan.
Peruntukan lain kita tak perlu sentuh dan cerita di sini. Kita sembang kemudian.


Thursday, September 10, 2020

[680.20] ELAKKAN HUTANG DIPUSAKAI


Bila mati, baru nampak taringnya.
Pakat berebut harta
Tiada pula #hutang ditanya
Berapa hutang perlu ditanggung bersama.
Wang dan #harta sekangkang kera
Direbut macam harta berjuta
Tapi hutang yang ada dibuat buta
#Hipokrit bila kena kat kita
Jadi nak pesan kat saudara
Pertama, jangan ajar berhutang sini sana
Kedua, tinggalkan pengurusan harta sebelum kau tiada.
Juga nak berpesan, harta yang bernilai adalah harta yang dibelanja.
#Dunia untung, #akhirat pun boleh bawa.
Harta disimpan mungkin digadai anak dan saudara.
Silap-silap bini makan dengan #suami muda.


 

Older Post ►