Apabila pihak polis membuat penahanan seseorang, polis akan menjalankan soal siasat dengan orang yang ditangkap. Kadang kala, orang yang ditangkap akan membuat pengakuan melakukan sesuatu kesalahan ketika disoal siasat. Tetapi persoalannya, adakah pengakuan yang dibuat boleh digunapakai di dalam Mahkamah kemudian hari. Pengakuan salah tersebut tidak boleh dijadikan bukti untuk menentang orang yang membuat pengakuan tersebut. Disini kita merujuk kepada SEKSYEN 26 AKTA KETERANGAN yang memperuntukkan seperti berikut:-
26. Pengakuan salah oleh tertuduh semasa dalam jagaan polis tidak boleh dibuktikan bagi menentangnya.
(1) Tertakluk kepada apa-apa peruntukan nyata yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, tiada pengakuan salah yang dibuat oleh mana-mana orang semasa dia berada dalam jagaan seseorang pegawai polis boleh dibuktikan bagi menentang orang itu melainkan jika pengakuan salah itu dibuat di hadapan seorang Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret.
OLEH: Maisarah Norkefli
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..