Tuesday, May 16, 2023

[1426.23] KESAHTARAFAN ANAK YANG DILAHIRKAN DALAM MASA PERKAHWINAN


Jika seseorang itu dilahirkan di dalam sesuatu perkahwinan ibunya, beliau akan dianggap merupakan anak lelaki yang dikahwini ibunya selain jika ada bukti bahawa ibunya tidak mempunyai apa-apa akses dengan lelaki yang dikahwini tersebut.
Merujuk kepada SEKSYEN 112 AKTA KETERANGAN yang menyatakan seperti berikut:-
112. Kelahiran dalam masa perkahwinan ialah bukti konklusif mengenai kesahtarafan.
Fakta bahawa mana-mana orang telah dilahirkan dalam masa ibunya masih meneruskan perkahwinannya yang sah dengan mana-mana lelaki, atau dalam masa dua ratus lapan puluh hari selepas perkahwinan itu dibubarkan, dan ibunya masih belum berkahwin lagi, hendaklah menjadi bukti konklusif bahawa orang itu ialah anak sah taraf lelaki itu, melainkan jika boleh dibuktikan bahawa pihak yang berkahwin itu tidak mempunyai akses antara satu sama lain pada bila-bila masa yang membolehkan orang itu dilahirkan.
OLEH: Maisarah Norkefli



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►