Tuesday, May 16, 2023

[1422.23] PENGURUNGAN SALAH


Undang-undang pengurungan salah ini boleh dilihat di bawah SEKSYEN 340 KANUN KESEKSAAN sepertimana berikut:
340. Pengurungan salah.
Barang siapa menghalang dengan salah seseorang secara menahan orang itu keluar dari sesuatu had yang terlingkung, adalah dikatakan "mengurung dengan salah" orang itu.
MISALAN-MISALAN
(a) A menyebabkan Z masuk ke dalam suatu tempat yang berdinding kelilingnya dan kunci Z di dalamnya. Dengan demikian Z adalah tertahan daripada keluar dari lingkungan dinding itu sama sekali. A adalah mengurung Z dengan salah.
(b) A tempatkan orang-orang dengan senjata-senjata api di jalan-jalan keluar dari sebuah bangunan dan beritahu Z bahawa mereka akan menembak Z jika Z cuba meninggalkan bangunan itu. A adalah mengurung Z dengan salah.
Sesiapa yang didapati bersalah dalam melakukan kesalahan pengurungan salah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau didenda yang boleh sampai dua ribu ringgit sepertimana SEKSYEN 342 KANUN KESEKSAAN.
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►