Tuesday, May 16, 2023

[1421.23] PERMOHONAN PERCERAIAN DARIPADA ANGGAPAN KEMATIAN


Seseorang pemohon boleh memohon perceraian jika beliau mempercayai terdapat sebab yang munasabah iaitu kematian suami/isteri. Tempoh anggapan kematian adalah tujuh (7) tahun dan ketika tempoh tersebut tiada apa-apa sebab atau keadaan yang menunjukkan bahawa suami/isteri pemohon masih hidup. Ini boleh dilihat di dalam SEKSYEN 63(2) AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976 yang menyatakan seperti berikut:-
63. Prosiding bagi dekri nisi anggapan mati dan cerai.
(2) Dalam mana-mana prosiding itu fakta bahawa pihak yang satu lagi kepada perkahwinan itu telah tidak ada bersama pempetisyen berterusan selama tempoh tujuh tahun ke atas dan pempetisyen itu tidak mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa pihak yang satu lagi itu masih hidup dalam masa tersebut, hendaklah menjadi keterangan bahawa dia telah mati sehingga dibuktikan sebaliknya.
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►