Friday, April 7, 2023

[1397.23] PEMBETULAN SURAT CARA ATAS ALASAN KESILAPAN BERSAMA PIHAK (MUTUAL MISTAKE)


Sesuatu surat cara boleh dibetulkan dengan perintah daripada pihak Mahkamah jika terdapat fraud atau kesilapan bersama pihak. Melihat kepada SEKSYEN 30 AKTA RELIEF SPESIFIK 1950 yang menyatakan seperti berikut:-
30. Bila surat cara boleh dibetulkan.
Apabila, disebabkan fraud atau kesilapan bersama pihak, sesuatu kontrak atau surat cara bertulis yang lain tidak menyatakan dengan sebenar niat mereka, salah satu pihak, atau wakilnya yang berkepentingan, boleh memulakan suatu guaman supaya surat cara itu dibetulkan: dan jika mahkamah mendapati bahawa ia dibuktikan dengan jelas terdapat fraud atau kesilapan dalam merangka surat cara itu, dan menentukan niat sebenar pihak itu semasa menyempurnakan surat cara itu, mahkamah boleh atas budi bicaranya membetulkan surat cara itu untuk menyatakan niat itu, setakat yang pembetulan boleh dilakukan tanpa menjejaskan hak yang diperoleh oleh orang ketiga dengan suci hati dan bagi nilai.
Di dalam kes kesilapan bersama, bagi menentukan samada perkara tersebut adalah kesilapan bersama pihak, Mahkamah perlu menentukan bahawa terdapat niat bersama di antara kedua-dua pihak ‘common continuing intention’ pada bila-bila masa yang relevan sebelum penyempurnaan dokumen terakhir. Ini bagi memastikan bahawa niat kedua-dua pihak sama dan dicerminkan di dalam sesuatu suratcara. Perkara ini boleh dirujuk di dalam kes Mahkamah Persekutuan MENTA CONSTRUCTION SDN BHD V. LESTARI PUCHONG SDN BHD [2015] 6 MLRA 393.
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►