Monday, April 3, 2023

[1396.23] KEBOLEHTERIMAAN KETERANGAN SAKSI MENGENAI KETULENAN TULISAN TANGAN MENURUT SEKSYEN 47 AKTA KETERANGAN 1950


Seksyen 47 Akta keterangan dengan jelas menyatakan tentang keadaan di mana pendapat tentang tulisan tangan berkaitan iaitu apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang siapakah orang yang telah menulis atau menandatangani mana-mana dokumen, maka, pendapat mana-mana orang yang kenal akan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menulis atau menandatangani dokumen itu, bahawa dokumen itu telah atau tidak ditulis atau ditandatangani oleh orang itu, adalah suatu fakta berkaitan.
Seksyen 47 Akta Keterangan 1950 telah dibincangkan di dalam kes Razak Abu lwn PP [2008] 2 MLRH 290 tentang kebolehterimaan keterangan saksi mengenai ketulenan tulisan tangan di mana saksi itu boleh dikatakan berkenalan dengan orang yang dinyatakan telah menulis tulisan tangan atau tandatangan yang dipertikaikan.
Selain itu di dalam kes Amislamic Bank Berhad lwn Naganthiren Vijayakumaran [2011] 7 MLRH 421, Mahkamah telah memutuskan bahawa di bawah Seksyen 47 Akta Keterangan, seseorang yang bukan pakar boleh memberikan keterangan tentang kenalannya dengan tulisan tangan atau tandatangan orang berkenaan, rujukan turut dibuat di dalam kes RHB Bank Bhd. lwn Dominance Timber Industries Sdn Bhd & Ors dan kes The Queen vs Silverlock [1894] 2 Q.B. 766.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►