Thursday, March 23, 2023

[1376.23] PENYELESAIAN SECARA BAIK DI ANTARA PIHAK BERTIKAI MELALUI PENGHAKIMAN PERSETUJUAN YANG DIREKODKAN DI HADAPAN HAKIM DI MAHKAMAH


Lazimnya, apabila suatu tindakan itu difailkan ke Mahkamah, contoh adalah Mahkamah Sivil bagi kes melibatkan saman fitnah dan sebagainya, Mahkamah yang mendengar kes tersebut / terlibat bagi urusan pengurusan kes bagi tindakan difailkan, akan menasihati pihak-pihak bertikai supaya berusaha untuk menyelesaikan pertikaian tersebut dengan cara sama ada, melalui mediasi, penyelesaian di luar Mahkamah yang memerlukan pihak bertikai untuk menarik balik kes yang telah difailkan atau melalui penghakiman persetujuan.
Bagi penyelesaian melibatkan penghakiman persetujuan direkodkan di hadapan hakim, di dalam Mahkamah. Kebiasaannya, pihak-pihak perlu duduk berbincang untuk mencapai satu persetujuan bersama berhubung terma-terma yang akan dimasukkan / direkodkan di dalam penghakiman persetujuan, yang mana kemudiannya akan dibacakan di hadapan Hakim di dalam Mahkamah, dengan kehadiran pihak-pihak bertikai. Kebaikan merekodkan penghakiman persetujuan (consent judgement) adalah masa Mahkamah dan pihak-pihak dapat dijimatkan dengan tidak melalui proses bicara dan seterusnya ke peringkat bicara rayuan (jika ada) dan kos-kos sampingan terutamanya kos guaman / Mahkamah dapat diminimakan seterusnya pihak-pihak dapat mencapai satu kata sepakat yang mana kes tidak akan lagi diteruskan dan akan ditarik balik tanpa liabliti.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►