Thursday, March 23, 2023

[1375.23] JANJI UNTUK BERKAHWIN OLEH SEORANG BUJANG


Dalam kes mungkir janji untuk berkahwin, tindakan boleh diambil jika janji tersebut adalah janji yang dibuat oleh seorang bujang yang disokong dengan balasan ‘consideration’ yang berharga. Melihat kepada kes SHORT V STONE [1908] 1KB 729 dimana fakta kes di dalam ini bahawa seorang bujang (defendan) berjanji akan berkahwin dengan plaintif selepas bapa defendan meninggal dunia. Tetapi, janji tersebut telah dimungkiri semasa bapa defendan masih hidup. Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif boleh membawa tindakan kepada defendan walaupun kontrak itu akan dilaksanakan pada masa akan datang.
Secara amnya, tindakan tidak boleh diambil kepada seseorang yang sudah berkahwin yang mungkir janji untuk berkahwin. Walaubagaimanapun, terdapat dua keadaan dimana tindakan boleh diambil kepada mungkir janji seseorang yang sudah berkahwin. Pertama, janji oleh seorang lelaki atau wanita yang sudah berkahwin untuk mengahwini orang lain boleh diambil tindakan sekiranya orang yang dijanji perkahwinan tidak mengetahui status perkahwinan orang yang berjanji. Kedua ialah jika janji untuk berkahwin dibuat semasa dekri nisi dan sebelum dekri menjadi mutlak.
Bermakna seorang lelaki atau perempuan yang membuat janji kepada orang lain ketika beliau menunggu dekri nisi menjadi mutlak boleh diambil tindakan jikalau beliau memungkirinya.
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►