Wednesday, March 22, 2023

[1372.23] NON SPEAKING JUDGMENT


‘Non speaking judgment’ adalah di mana alasan penghakiman oleh Hakim Bicara tidak menyatakan alasan-alasan yang jelas mengapa Hakim boleh memberikan sesuatu keputusan tertentu. Merujuk kepada kes GUNASEGARAN A/L SIGARAVELO V PUBLIC PROSECUTOR (2009) 7 MLJ 761 dimana Mahkamah menyatakan bahawa ianya undang-undang yang mantap bagi sesuatu penghakiman perlulah beralasan, antara lain dinyatakan seperti berikut:-
[10] It is well settled law that the grounds of decision must convey a reasoned judgment of the facts and law and not merely the conclusion arrived at. The absence of reasons indicate the possibility that vital considerations such as weight of evidence and the probabilities of the case may not have influenced the mental process of the learned magistrate in arriving at the ultimate finding.
Ini juga boleh dilihat di dalam kes DANIAL OOI BIN ABDULLAH V PP (CRIMINAL APPEAL NO: B-05-341-2009) dimana Hakim Balia Yusof bin Hj. Wahi menegaskan bahawa keperluan untuk Hakim untuk menulis alasan penghakiman yang lengkap seperti berikut:
“[39] Pada pandangan kami, setiap hakim semestinya dan hendaklah mempunyai “ability and time to write comprehensive and speaking judgment”
[40] Tugas hakim bukan hanya setakat mendengar dan mengadili kes tetapi juga menyediakan penghakiman yang lengkap.
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►