Monday, January 30, 2023

[1363.23] TEMPOH JAWATAN DAN SARAAN HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN


Hakim Mahkamah Persekutuan boleh memegang jawatan mereka sehingga umur 66 tahun. Mereka boleh memanjangkan pegangan jawatan mereka setakat tidak melebihi 6 bulan selepas itu jika Yang di Pertuan Agong (YDPA) membenarkan. Ini boleh dilihat di dalam PERKARA 125(1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.
Sepertimana di dalam PERKARA 125(2) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Seseorang hakim boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya secara sukarela dengan mengemukakan peletakan jawatannya kepada YDPA. Walau bagaimanapun, dia boleh dipecat oleh YDPA hanya atas alasan melanggar mana-mana peruntukan kod etika atau ketidakupayaan, daripada kelemahan badan atau minda atau apa-apa sebab lain, dengan cadangan tribunal.
Prosedur untuk memecat Hakim adalah seperti berikut adalah sepertimana yang dinyatakan di dalam PERKARA 125(3) yang memperuntukkan seperti berikut:-
(3) Jika Perdana Menteri, atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, membuat representasi kepada Yang di-Pertuan Agong dengan menyatakan bahawa seseorang hakim Mahkamah Persekutuan patut dipecat atas alasan apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3B) atau atas alasan tidak berdaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau akal atau apa-apa sebab lain, untuk menunaikan fungsi jawatannya dengan sepatutnya, maka Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu tribunal mengikut Fasal (4) dan merujukkan representasi itu kepadanya; dan boleh atas syor tribunal itu memecat hakim itu daripada jawatan.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►