Thursday, December 8, 2022

[1333.22] NOTIS PIHAK KETIGA


Notis Pihak Ketiga adalah permohonan dimana Defendan ingin melibatkan pihak ketiga dalam prosiding yang telah dimulakan terhadapnya oleh Plaintif.
Pihak yang boleh memohon notis pihak ketiga ialah Defendan. Walaubagaimanapun, Plaintif boleh memohon jika Defendan memfailkan tuntutan balas dimana di dalam keadaan ini Plaintif telah menjadi Defendan.
Notis Pihak Ketiga boleh difailkan dengan tanpa kebenaran Mahkamah (without leave of court) dalam keadaan Defendan notis pihak ketiga sebelum Defendan menyerahkan pembelaan kepada Plaintif. Manakala, Notis Pihak Ketiga yang memerlukan kebenaran Mahkamah (with leave of the court) dimana Defendan telah menyerahkan pembelaan kepada Plaintif dan kemudiannya mengeluarkan Notis Pihak Ketiga.
Ini boleh dilihat di dalam ATURAN 16 KAEDAH 1 KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012 yang memepruntukkan:-
1. Notis pihak ketiga. (A. 16 k. 1)
(2) Seorang defendan dalam sesuatu tindakan tidak boleh mengeluarkan suatu notis pihak ketiga tanpa kebenaran Mahkamah melainkan jika dia mengeluarkan notis itu sebelum menyampaikan pembelaannya kepada plaintif.
(3) Jika notis pihak ketiga disampaikan kepada orang yang terhadapnya notis itu dikeluarkan, dia hendaklah mulai dari masa penyampaian itu menjadi pihak dalam tindakan itu (yang disebut sebagai "pihak ketiga" dalam Aturan ini), dengan hak yang sama berkenaan dengan pembelaannya terhadap apa-apa tuntutan yang dibuat terhadapnya dalam notis itu dan selainnya seolah-olah dia telah dibawa guaman dengan sewajarnya mengikut cara biasa oleh defendan yang mengeluarkan notis itu.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►