Thursday, December 8, 2022

[1334.22] TINDAKAN MENCERAIKAN ISTERI WAKTU DIHARAMKAN ADALAH SUATU KESALAHAN DAN BOLEH DIHUKUM


Perceraian adalah dibolehkan di dalam Islam, namun, para suami perlulah peka dan tahu bahawa talaq yang hendak dilafazkan mestilah bukan ketika atau pada waktu yang telah diharamkan oleh Islam, lafaz talaq padanya.
Hal ini merujuk kepada Seksyen 141 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1992 yang telah memperuntukkan hukuman bagi kesalahan menceraikan isteri pada waktu yang diharamkan. Seksyen tersebut telah menghuraikan baahwa seorang lelaki tersebut adalah dikira sebagai melakukan suatu kesalahan yang boleh jika sabit kesalahan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya jika lelaki tersebut menceraikan isterinya ketika jelas kehamilannya atau ketika suci yang telah disetubuhi atau ketika haid atau nifas.
Maka, perlulah diketahui dan difahami bahawa walaupun suatu perceraian itu dibolehkan agama, waktu talaq dilafazkan mestilah dipastikan supaya tidak berlaku pada situasi-situasi yang telah diperincikan di dalam Seksyen 141 tersebut.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►