Monday, December 5, 2022

[1329.22] APAKAH KESAN PERTUDUHAN YANG CACAT DAN SALAH


Merujuk kepada SEKSYEN 156 KANUN PROSEDUR JENAYAH memperuntukkan seperti berikut:-
156. Kesan daripada kesalahan.
Tiada kesalahan dalam menyatakan, sama ada kesalahan atau butir-butir yang dikehendaki disebutkan dalam pertuduhan itu, dan ketinggalan daripada memperihalkan kesalahan atau butir-butir itu tidak boleh dianggap pada mana-mana peringkat kes itu, sebagai material, kecuali tertuduh itu sebenarnya telah keliru oleh sebab kesilapan atau ketinggalan tersebut.
Juga dilihat kepada SEKSYEN 422 KANUN PROSEDUR JENAYAH:-
422. Ketidakaturan tidak membatalkan prosiding.
Tertakluk kepada peruntukan yang terkandung dalam Bab ini tiada pendapat, hukuman atau perintah yang telah dijatuhkan atau dibuat oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten hendaklah diakas atau ditukar dengan sebab:
(a) sebarang kesilapan, ketinggalan atau ketidakaturan dalam aduan, Saksi, keizinan, saman, waran, pertuduhan, penghakiman atau prosiding lain sebelum atau semasa perbicaraan atau dalam apa-apa siasatan atau prosiding lain di bawah Kanun ini;
(b) ketiadaan apa-apa Saksi; atau
(c) penerimaan atau penolakan sebarang keterangan secara tidak wajar ,
melainkan jika kesilapan, ketinggalan, ketidakaturan, ketiadaan, atau penerimaan atau penolakan secara tidak wajar keterangan tersebut telah mengakibatkan kegagalan keadilan
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►