Tuesday, September 13, 2022

[1280.22] GANGGUAN SEKSUAL DAN RUJUKAN KEPADA KOD TATA KELAKUAN DAN ETIKA KERJA


Definisi gangguan seksual semasa menjalankan perkhidmatan adalah boleh ditakrifkan dengan merujuk kepada buku bertajuk "Dismissal from Employment and the Remedies," yang telah dikarang oleh Ashgar Ali, memberi maksud sebagai kelakuan seksual yang dikenakan ke atas, dan tidak diminta atau tidak dibalas oleh penerima, contohnya, mengulangi komen seksual yang tidak diingini, rupa atau sentuhan fizikal, antara lain.
Manakala, Seksyen 2 Akta Kerja 1955 turut memperuntukkan definisi bagi gangguan seksual sebagai apa-apa tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, gerak geri atau secara fizikal, yang ditujukan terhadap seseorang yang adalah menjelik atau menghina atau adalah suatu ancaman kepada kesejahteraannya, berbangkit dari dan dalam menjalankan pekerjaannya.
Melakukan mana-mana kesalahan yang jatuh di bawa definisi di atas membolehkan seseorang individu tersebut dikira sebagai melanggar Kod Tata Kelakuan dan Etika Kerja, Perkara 1.06 yang turut memberikan takrif gangguan seksual sebagai sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal dan gangguan seksual seperti mengenakan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaannya atau melakukan pencabulan maruah atau penghinaan atau ancaman terhadap mangsa.
Gambar sekadar hiasan
Izatul Nabila
0169647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►