Friday, September 9, 2022

[1270.22] SAMA ADA MAHKAMAH SYARIAH MEMPUNYAI BIDANG KUASA MENANGANI PENUKARAN ATAU KELUAR ISLAM


Mahkamah Persekutuan membincangkan isu sama ada Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk menangani isu penukaran agama Islam atas alasan Senarai II, Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan dimana Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa berkaitan dengan penganutan agama Islam dan hanya berkaitan berkenaan perkara-perkara yang termasuk di bawah Senarai tersebut.
Mahkamah Tertinggi mengisytiharkan bahawa keadaan ini menunjukkan bahawa terdapat lacuna. Oleh itu, merujuk kepada Soon Singh a/l Bikar Singh lwn Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah & Anor [1999] 1 MLRA 115, hakim dalam penghakimannya memutuskan bahawa kes seperti memeluk Islam, Mahkamah Syariah adalah pakar dan wajar untuk mengadili, secara implikasi, isu keluar daripada Islam juga harus terletak di bawah bidang kuasa mahkamah yang sama.
Bagaimanapun, keputusan tersebut tidak dipersetujui oleh Richard Malanjum CJ (Sabah dan Sarawak) dalam Ng Wan Chan lwn Majlis Ugama Islam Wilayah Persekutuan & Anor (No.2) [1991] 4 MLRH 726 dengan pertikaian bahawa Mahkamah Syariah memperoleh bidang kuasanya di bawah undang-undang negeri dan jika undang-undang negeri tidak memberikan apa-apa bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menangani perkara yang tidak dinyatakan dalam Senarai Negeri, Mahkamah Syariah dihalang daripada berurusan dengan perkara itu.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►