Friday, September 9, 2022

[1269.22] BARANG-BARANG KEGUNAAN BIASA YANG BOLEH JADI BARANG TERLARANG


Kebanyakan orang tidak mengetahui dengan ada pemilikan barang-barang tersebut, mereka boleh didakwa di Mahkamah atas sebab barang-barang terlarang yang boleh menyangkutkan mereka ke dalam penjara.
Mengikut seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 menyatakan senarai-senarai senjata;
1. Apa-apa pisau, dikenali sebagai pisau spring yang boleh mempunyai bilah yang terbuka secara automatik dengan tekanan pada suatu butang, spring atau alat lain.
2. Apa-apa pisau, dikenali dengan pisau gravity
3. Alat cemeti, yang dibuat dari rantai basikal atau motorsikal atau apa-apa jenis rantai
4. Buku lima
5. Kapak kecil
6. Apa-apa pedang, keris, parang
7. Apa-apa lembing
8. Apa-apa busur silang
9. Apa-apa stun gun, taser, control club
Jika didapati bersalah, boleh di penjara tidak kurang daripada 5 tahun dan tidak lebih 10 tahun. Jangan membawa barangan di atas pada masa dan tempat tidak sesuai atau tanpa alasan munasabah yang boleh menimbulkan apa-apa syak kepada perlakuan jenayah.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►